Quantcast
Channel: Adilla Abdul
Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Tips Move On Daripada Bekas Kekasih

$
0
0
Tips ini mungkin tidak sama seperti dengan tips move on yang lain sebab tips yang diberikan ini adalah khas daripada Lala. Sebelum itu saya nak beritahu tentang previous relationship saya. Saya mempunyai 4 bekas kekasih yang berlainan umur, background dan status. Banyak ke? Oops. Lelaki pertama ketika saya berumur 18 tahun, lebih kepada cinta monyet (couple satu kelas) jadi frust dia agak menonggeng haha. Lelaki kedua adalah first love saya, sebaya dan bertahan selama 4 tahun. Lelaki yang ketiga 5 tahun lebih tua, sudah bekerja dan agak matang sikit pemikiran dia. Lelaki yang keempat 3 tahun lebih tua, sudah saling berjumpa dengan kedua-dua ibubapa hampir rancang untuk berkahwin akhirnya dia curang, for the first time saya dikhianati oleh lelaki sebab bekas kekasih yang lain sangat setia semasa dalam perhubungan. Lelaki yang kelima adalah kekasih saya sekarang, my current relationship and finally baru sahaja jumpa lelaki macam ni. Tujuan saya menceritakan secara ringkas tentang previous relationship saya adalah kerana untuk melayakkan diri bahawa saya boleh menulis entri yang bertajuk: Move On. Saya tidak akan beritahu kenapa previous relationship saya broken sebab saya malas. Saya dah betul-betul move on cuma saya menulis entri move on atas dasar untuk menasihati serta mendapatkan viewer blog yang ramai, eh, suka hati lah.

1) Menangis Seharian

Perkara yang paling mudah untuk dilakukan bila kena tinggal dengan kekasih, menangis selama mana yang korang boleh, menangis selagi mampu menangis. Sampai puas. Saya dulu menangis satu malam, besok pagi elok ceria pergi shopping dengan mak.

"When a girl cries, it's not usually over one thing. It's built up anger and emotions that she's been holding in for too long."

2) Tukar Gaya Rambut

Sumpah tips ini sangat berkesan. Pergi ke salun untuk mendapatkan gaya rambut yang baru, yang sesuai dengan wajah anda. Kalau korang mahir, potong je sendiri kalau mahir sahaja ya. Bertudung? Tak kisah, selagi tak botak.

"When a woman cuts her hair -- she’s cutting off SO MUCH MORE: She’s cutting herself off from the societal standard of beauty. She’s cutting out a toxic relationship."

3) New Plan

Kekasih korang dah tinggalkan korang, korang tengah buat apa tu? Think. Fikir apa yang harus korang lakukan selepas ini. Pergi beli buku catatan / diari. Tulis apa yang korang nak buat. Fresh start. Start a new plan. Fikir target korang, apa yang korang nak buat selepas ini.

4) Sibukkan Diri

Pada yang belum bekerja, masih belajar. Susah sikit kalau korang nak fokus study tu memang akan menonggeng punya, jadi apa yang perlu korang lakukan ialah keluar bersama rakan-rakan korang, pergi vacation pergi membeli-belah pergi bercuti. Tiada duit? pergi jelah lepak kat kedai mamak atau beriadah kat memana taman. Bagi yang bekerja, yeah baguslah sebab kerja dah la stress, nak kena melayan stress kerja lagi satu hal jadi kira stress putus cinta ni tak mampu kalahkan stress kerjalah. Yeke? 

Kalau saya, saya bekerja lagi bertambah fokus. Sebab bila saya start kerja, makan pun lupa. Jam pun tak tengok. Itu sayalah. Bidang pekerjaan saya ialah bidang media, kerja dalam stesen tv so korang pun faham-faham jelah betapa sibuknya seorang petugas media yang kerjanya tak tentu masa.


INGAT, jangan termenung! Kalau termenung, mesti mengalir air mata punya. Jangan dengar lagu-lagu heartbroken, sad songs or whatever. Nak dengar lagu, dengar lagu kpop. Sebab tak faham bahasa. Not bad apa lagu kpop hahaha. So, goodluck to all heartbroken songs. Lek, korang baru kena tinggal dengan kekasih, bukan kena tinggal dengan suami. Putus relationship tidak sama dengan cerai tau. Move on. Semuanya bergantung pada mindset masing-masing. Kalau dalam minda set yang kekasih korang akan datang semula, korang takkan move on punya. Just chill je, be cool be strong. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Trending Articles